Sebuah rumah tradisi Melayu Melaka berdiri megah di lereng bukit di Kampung Ulu Buyau, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rumah ini boleh dianggap "orang baru" di kampung ini kerana ia baharu sahaja tiba. Walaupun usianya mungkin mencecah 60 tahun, tetapi ia telah dibawa dari tempat asalnya di Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka pada 2018. Pemiliknya, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif, seorang peminat dan pakar pemindahan rumah Melayu lama, telah lama mengusahakan projek membeli rumah tradisi Melayu dan memindahkannya ke lokasi baharu. Kalau sebelum ini dia melakukannya untuk pihak lain, kali ini dia membuatnya untuk rumah kediamannya sendiri. Rumah ini dibeli oleh beliau pada tahun 2018 dengan harga RM7,000. Kos membuka memindah dan memasang adalah tambahan urusannya sendiri. Kerja2 pemasangan semula bermula awal 2019 dan siap di akhir tahun itu. Ia menggambil masa hampir 10 bulan kerana faktor hujan yang kerap. Beliau menggunakan 4 orang tenaga pekerja yang memang merupakan ahli pasukan untuk setiap projeknya sebelum ini. Kesemua mereka dari Malang, Indonesia. Lokasi rumah ini sangatlah indah, dilereng bukit dan dikelilingi Gunung Angsi dan Gunung Jonoh. Pemandangan waktu pagi berkabus setanding dengan tempat percutian tanah tinggi yang lain di Malaysia. Sebagaimana kebanyakan rumah Melaka di era itu, ia mempunyai serambi terbuka yang menjadi ruang melayan tetamu. (Dikatakan ciri serambi terbuka ini menjadi amalan orang Melaka di zaman dahulu kerana ia merupakan tempat bermalam secara percuma kepada pedagang yang ramai singgah di Pelabuhan Melaka. Mereka hanya datang di malam hari dan akan beredar menjelang pagi-penulis). ketika penulis duduk berbual bersama pemilik kira2 pukul 2 tengahari, suasana sangatlah nyaman dan selesa. Boleh dibayangkan betapa selesanya berada dalam suasana seperti ini yang kini hanya boleh didapati di resort2 bertema tropika yang harganya sangat mahal. Selain itu, keunikan rumah Melaka Masjid Tanah ialah sebahagian dinding serambinya ditutup tingkap labuh berdaun kaca warna warni. Tangganya pula dibina baharu menyerupai tangga rumah Melaka. Namun beberapa Jubin dekorasi yang digunakan adalah Jubin asli yang diperolehi dari koleksi beliau sendiri. Satu lagi keunikan yang boleh dilihat ialah penggunaan jeriji besi berkelok untuk tingkap dan bahagian atas penghadang serambi. Menurut Dr Pauzi besi yang digunakan sukar didapati kerana apabila corak sebegini cuba dibuat tukang besi sekarang, biasanya besi tersebut akan patah.
Rumah kayu ini mempunyai sebuah bilik sahaja di bahagian rumah ibu. Namun Dr Pauzi telah menambah binaan batu di belakang rumah ibu dan menambah 2 bilik tidur, ruang makan, dan bilik air. Ini sebenarnya memang menjadi kelaziman binaan rumah Melayu Melaka masa kini seperti di tempat asalnya. Atap yang digunakan ialah Onduline, lebih sejuk berbandingkan atap zink ataupun asbestos. Diharapkan semoga usaha Dr. Pauzi memelihara warisan senibina yang unik ini, yang menyimpan berbagai pengetahuan, dapat menjadi sumber ilmu dan kepandaian silam untuk dikaji generasi akan datang. ZJ (c) 2020
10 Comments
7/18/2020 01:52:22 am
Cantik sungguh rumah traditional ini selepas di pasang semula.
Reply
Admin
7/18/2020 06:20:11 am
Terimakasih tuan.sekiranya ada, bagaimana nak hubungi tuan ya? Boleh email pada feedback di homepage mfzdesignhouse ye
Reply
natasya
10/23/2021 03:08:20 am
cantiknyaa rumah ni ^^ saya student seni bina tengah mencari rumah traditional untuk kajian mengukur dan autocad drawing sekitar kawasan kuala pilah, seremban dan rembau, kalau tak keberatan boleh encik inform kepada saya jika encik tau mana mana rumah yang boleh dibuat kajian berikut?? kami dah jumpa rumah sebelum ni tapi rumah tersebut tidak mempunyai ukiran seni yang banyak untuk kajian :(( maaf kalau saya mengganggu dan terima kasih kalau sudi membantu ^^
Reply
Admin
10/28/2021 04:07:16 pm
Terimakasih atas minat. Boleh email maklumat untuk dihubungi kepada saya di [email protected]
Reply
Dr Zainorin Ali
4/4/2022 02:51:32 am
Assalamualaikum Dr. Zaky,
Reply
Zaky Jaafar
4/13/2022 11:17:49 pm
Terima kasih Dr. saya ada balas emel tuan.
Reply
Azzahari
10/17/2022 09:08:09 am
Salam Dr Zaky,
Reply
Siti Hawa binti Mohd Noor
12/25/2022 10:11:34 pm
Boleh bagi saya no hp tukang kayu. Saya ingin membina pondok kayu
Reply
Luqman
6/4/2023 08:24:26 pm
Assalamualaikum.
Reply
Azizah
9/9/2023 10:32:59 am
rumah tradisional melaka di Alor Gajah utk dijual
Reply
Leave a Reply. |
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|