Rumah tradisi Melayu Melaka masih terdapat banyak di negeri Melaka. Di sini di paparkan sebuah rumah yang mempunyai konsep yang unik. Ianya rumah Limas dengan berdinding kaca lutcahaya (frosted translucent) yang terletak di Kampung Seri Tanjung, Masjid tanah Melaka.
Kebiasaannya rumah kaca adalah tidak sesuai untuk iklim seperti dinegara kita. Namun dalam kes ini, ianya berada di dalam suasana kampung yang mempunyai banyak peneduhan dari pokok2. Cucur atapnya 4 kaki juga membantu peneduhan luar. Manakala tingkapnya banyak dan besar, sekiranya waktu panas, ia boleh dibuka keseluruhannya untuk pengudaraan. Yang paling menarik adalah keindahan senibina yang terhasil di malam hari, seolah2 rumah tersebut bercahaya dari dalam.
0 Comments
|
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|