Artikel ditulis oleh Z jaafar di dalam blog fikirbina dan dikongsi disini dengan izin Oleh Z Jaafar Dalam perbahasan senibina barat, ia biasanya bermula dengan perbincangan tentang senibina klasik. Artikel ini akan melihat sejarah dan perkembangan senibina klasik ataupun classical architecture. Senibina klasik secara kasarnya dimaksudkan senibina yang berasaskan prinsip senibina klasik yunani dan romawi. Secara khususnya ia dirujuk kepada prinsip senibina yang ditulis oleh seorang pengkaji senibina yunani bernama Vitruvius. Vitruvius merupakan seorang penulis, arkitek, jurutera yunani yang hidup dalam kurun terakhir sebelum masihi. Wacana senibinanya ditulis di dalam buku De Architectura yang terdiri dari beberapa jilid. Buku De Architectura yang ditulis sekitar 40 tahun SM, menekankan aspek rekabentuk dari segi perkadaran ukuran (proportion), dan keharmonian visual. Ia juga menekankan tiga prinsip asas senibina iaitu, Venustas (keindahan), firmitas (kekukuhan) dan Utilitas (kegunaan). Secara ringkasnya, senibina mestilah mempunyai ciri2 binaan yang indah, kukuh dan selamat serta berguna kepada manusia. Vitruvius bukanlah arkitek asal senibina klasik, namun dia berusaha menulis tentang prinsip2nya. Sumber2 rujukannya merupakan senibina tamadun Yunani yang dihasilkan sebelumnya. Senibina ini telah wujud ratusan tahun sebelum kelahiran Vitruvius lagi. Antara contoh yang paling masyhur ialah senibina yang terdapat di sebuah acropolis di Athen, Greece. Acropolis adalah kota pertahanan dan keugamaan di zaman Yunani. Acropolis di Athen ialah yang paling Masyhur. Dan bangunan yang sering menjadi rujukan senibina klasik ialah Parthenon. (gambar 1) Parthenon dibina pada tahun 437 SM dan merupakan kuil untuk Dewi Athena, salah satu dari dewa2 sembahan orang yunani purba. Pada kuil ini terdapat ciri2 senibina klasik yang diutarakan oleh Vitruvius. Antara ciri2 yang ada ialah ia dibina dari marmar atau batu yang tahan lama. Hiasan ukiran tiangnya adalah berasaskan aturan Doric, iaitu salah satu dari tiga aturan klasik yang diutrakan vitruvius. (aturan yang lain adalah Ionic dan Corinthian). Perbezaan ketiga2 aturan ini dijelaskan di dalam buku De Architecture oleh Vitrivius (Gambar 2). Satu lagi ciri utama Parthenon ialah penggunaan kadaran ukuran yang berasaskan keharmonian ukuran yang dipercayai mempunyai nilai kecantikan yang hakiki. Ada yang mengaitkan kadar ukurannya dengan "Golden Ratio" iaitu perkadaran matematik yang dihasilkan oleh seorang ahli matematik yunani yang bernama Pythagoras. Namun ianya tidak dapat dibuktikan secara jelas. Apa yang pasti ialah Parthenon sering dilambangkan sebagai kemuncak keindahan senibina klasik. Senibina klasik Romawi yang paling terkenal ialah Colosseum yang dibina pada tahun 80 Masihi. (Gambar 3). Antara ciri2 yang paling ketara ialah adanya ukiran separa tiang dan arca pada dinding luarnya. Rekabentuk separa tiang yang digunakan terdiri dari ketiga2 aturan klasik iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Ciri2 ini seterusnya menjadi ikutan bagi semua aliran senibina klasik di Eropah.
Selepas kejatuhan empayar Rom pada kurun ke 5 Masihi, senibina klasik tidak lagi menjadi gaya utama dalam senibina di Eropah. Namun ia mendapat nafas baharu semasa Era Carongilian renaissance, iaitu sekitar kurun ke 7 dan kurun ke 8 Masihi. Seterusnya ia dibangkitkan semula dalam era Neo Classical (Klasik Baharu) pada sekitar kurun ke 18 sehinggalah ke era Moden. Ia masih menjadi pilihan sebahagian arkitek sehingga hke hari ini. Rujukan: https://www.thoughtco.com/what-is-an-order-of-architecture-177516 https://en.wikipedia.org/wiki/Carolingian_Renaissance#Carolingian_architecture https://en.wikipedia.org/wiki/Classical_architecture#:~:text=Classical%20architecture%20usually%20denotes%20architecture,of%20the%20Roman%20architect%20Vitruvius.
0 Comments
Artikel ini diterbitkan di blog ini dari post asal di fb Ar Dina Ismail dengan izin. BERSYUKUR kisah semalam bawa kongsi hari ini.. (post panjang tau. Tapi siapa2 nak amik part 3 Arkitek professional.. boleh baca.) Semalam banyak sgt belajar about housing development from both of my business partners @hazrinthobrani and Jaffri Khassim ,untuk one of the projects we involve in. APA NAK BUAT kalau client ada tanah sebesar 3 ekar, tapi ada challenge dengan slopes at almost 30meter high top level dia.. Tanah asal: lengkap title few units bungalow, slope land, but at XXX area that house selling price predicted slow especially during pande-conomic situation ni.. Dengan harga tanah dijual sangat² tinggi kepada client kami (lojik bagi tuan tanah utk jual tinggi sebab dah lengkap title and tiada issue tanah, premium dsb)Semestinya as developer, atleast dpt semula pulangan modal termasuk keuntungan.. Dengan dah ambil kira team Design & Build yang kami ada di sebalik (hampir) semua projek kami di pejabat (Perunding2 berlesen, PMC, Contractor etc). Marketing team from client side and Survey plan pun dah keluar... Maka.. STEP 1: Kami buatlah FEASIBILITY STUDY... for those yang dah biasa tahu - in any big scale developments, it is about GDV, GDC, ROI etc.. so, this thing tho I've did during my previous firm I worked with, here again ..real depan mata, as practitioners Architect, kena buat ni sendiri on the spot for Estimates Feasible Study. STEP 2: OPTIONS Option 1: Client minta pertimbangan tukar kepada Rumah Teres (link house) setingkat. Kebolehjualan mmg la tinggi, tapi cuba ambil kira kerja² infra semata² nak dapatkan jumlah max rumah teres..few issues kena pertimbangkan 1: dengan 30m slope: retaining wall.. lebih 10 kaki dah wajib guna concrete.. harga membina 1 meter RC retaining wall sahaja utk 3 ekar dah garu kepala. Inikan pula various to 30meter.. (tak lojik) 2: tanah jiran.. kalau buat retaining wall, kena ada say from jiran2..sbb base sub structure retaining wall bukan menegak.. dan negotiation part.. boleh buat garu kening juga... 3: tahukan, kalau nak bina rumah lebih dr 29 unit ni, perlu ada keperluan facilities lain.. STP, dsbg..maybe boleh bincang lain kali.. 4: kebetulan jalan masuk, dan infra sedia ada masih dibawah 3rd party.. keperluan 66' jalan JKR pun kena ambil kira.. end up, berapa sangat jelah besar site yang tinggal nak buat teres link.. 5: submissions:.. ha.. ni garu kepala.. masuk bawah kanun tanah 204 semula..nak convert title dah ada siap, serah balik, dapat balik..pecah balik lot.. agak² 3 thn ada tak process submission sahaja ni.. and ambil kira perkara2 baru kena imposed by Authorities lagi.. masuk pelan balik..lulus balik.. bayar lg proses bermacam². Option 2: Maintain lots yang dah ada title bungalows ni and jual sebagai 2 tingkat bungalow houses.. Ofcoz kena looks yang mewah.. serius "mewah" looks ok.. ..sbb nak cover balik harga tanah beli..and we have done this proposals too.. cuma.. kat sini, marketing kena power.. but bila tgk balik kawasan dan pembangunan sekitar yg nak suits dgn bungalow mewah.. 10kali kena fikir semula.. jualan boleh cecah RM1.5 mil minimum.. cuma kelebihan dia dari segi masa dan tenaga bina.. 1:sbb dah ada lots title..tinggal masuk proposal submission.. and sloping area utk lot bungalows.. menarik.. boleh utilise mcm².. maka keluarlah ideas bernas ARKITEK rekabentuk and response dengan slopes.. Bila buat FEASIBILITY pun, lagi tinggi keuntungan berbanding option 1.. so, like I said, Marketing kena power.. ROI dalam 1 ke 3 thn lepas bina.. boleh buat garu kepala juga lah..kena fikir balik ..untung lambat pun..susah nak.ckp untung ke tidak untuk client... Option 3: Apa kata buat strata.. (one of meeting member suggested and client also have that in mind too) 1: alang2 kena naik RC wall for both option 1 and 2, kita gunakan as parking structure, locating services etc.. 2:Height restriction? Alhamdulillah..lepas DCA..on the spot my ohsem project manager en Jep call to confirm. bereh! 3: Density increased allowance?: nah..sini tricky sikit.. tapi.. umpph sangat!! di bawah guideline selangor utk kawasan ni, dibenarkan A: hanya 24 unit per acre, selling price developer boleh tentukan..maka..3 ekar.. dptla 70 unit.. sounds nice kan.. B: boleh 100 unit per ekar, tapi syarat RUMAH SELANGORKU dengan selling price RM200k sebuah.. not that umph sangat la...sbb now, rumah mampu milik juga tricky nak jual.. 4:Slope land, like I said, buat hi rise, boleh bawa bincang.. and even lagi mudah..sbb maybe only 1.5 acre sahaja utk plot bangunan.. yang lain2 kegunaan infra, jalan, facilities etc.. GDV?? Haa.. sini kalau dengan 70 units.. keuntungan dikira the most kalau compared option 1 and 2.. lepas ambil kira structure, infra etc.. and.. rumah are typical stack up.. serius, from my experiences, buat hi rise lg mudah dari rumah melata ni.. hehe STEP 3: CONVINCE, REPRESENT FEASIBILITY so..part ni lah Arkitek kena buat juga.. lepas dah ambil kira all Laws, regulations, safety and health requirements, this part is one of Job Scope Architect yang selalunya ramai tak mahu buat.. and charge higher.. for us..Scale Fees yang Lembaga buat dah ohsem.. inshaAllah.. we also in the process of learning.. but for me, learned with my other businesse partner yg forte in development lagi ohsem... STEP 4: REDESIGN Ok..this part is Forte Architect la.. and yg bogus2 arkitek pun suka nak buat part ni je.. hahah.. oops.. but..here is the part yang office kami sedang fully utilise REVIT.. inshaAllah...BIM ke next? lain entry boleh share so.. disebabkan dapat ilmu ni semalam.. and memang dah tekad gunakan semua my social media account as education platform.. maka.. i share.. inshaAllah.. ilmu bila dikongsi makin berkembang.. and those who sees Architect ni kerja design n supervise binaan je.. well, should revisit the thinking.. must be something wrong somewhere. hahah.. . .thank you those membaca. mohon kongsi thoughts n pengalaman ye..atleast.. we can move forward in our industry.. p.s : gambar buat virtual site visits that day.... siapa2 nak amik part 3.. ni salah satu boleh buat jawapan tapi..jangan tiru gaya bahasa.. ni gaya bahasa pasar org kata.. jual ikan #rushdinaarchitect Ar Rushdina Ismail merupakan prinsipal di Rushdina Architect. [email protected] Sebuah rumah tradisi Melayu Melaka berdiri megah di lereng bukit di Kampung Ulu Buyau, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rumah ini boleh dianggap "orang baru" di kampung ini kerana ia baharu sahaja tiba. Walaupun usianya mungkin mencecah 60 tahun, tetapi ia telah dibawa dari tempat asalnya di Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka pada 2018. Pemiliknya, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif, seorang peminat dan pakar pemindahan rumah Melayu lama, telah lama mengusahakan projek membeli rumah tradisi Melayu dan memindahkannya ke lokasi baharu. Kalau sebelum ini dia melakukannya untuk pihak lain, kali ini dia membuatnya untuk rumah kediamannya sendiri. Rumah ini dibeli oleh beliau pada tahun 2018 dengan harga RM7,000. Kos membuka memindah dan memasang adalah tambahan urusannya sendiri. Kerja2 pemasangan semula bermula awal 2019 dan siap di akhir tahun itu. Ia menggambil masa hampir 10 bulan kerana faktor hujan yang kerap. Beliau menggunakan 4 orang tenaga pekerja yang memang merupakan ahli pasukan untuk setiap projeknya sebelum ini. Kesemua mereka dari Malang, Indonesia. Lokasi rumah ini sangatlah indah, dilereng bukit dan dikelilingi Gunung Angsi dan Gunung Jonoh. Pemandangan waktu pagi berkabus setanding dengan tempat percutian tanah tinggi yang lain di Malaysia. Sebagaimana kebanyakan rumah Melaka di era itu, ia mempunyai serambi terbuka yang menjadi ruang melayan tetamu. (Dikatakan ciri serambi terbuka ini menjadi amalan orang Melaka di zaman dahulu kerana ia merupakan tempat bermalam secara percuma kepada pedagang yang ramai singgah di Pelabuhan Melaka. Mereka hanya datang di malam hari dan akan beredar menjelang pagi-penulis). ketika penulis duduk berbual bersama pemilik kira2 pukul 2 tengahari, suasana sangatlah nyaman dan selesa. Boleh dibayangkan betapa selesanya berada dalam suasana seperti ini yang kini hanya boleh didapati di resort2 bertema tropika yang harganya sangat mahal. Selain itu, keunikan rumah Melaka Masjid Tanah ialah sebahagian dinding serambinya ditutup tingkap labuh berdaun kaca warna warni. Tangganya pula dibina baharu menyerupai tangga rumah Melaka. Namun beberapa Jubin dekorasi yang digunakan adalah Jubin asli yang diperolehi dari koleksi beliau sendiri. Satu lagi keunikan yang boleh dilihat ialah penggunaan jeriji besi berkelok untuk tingkap dan bahagian atas penghadang serambi. Menurut Dr Pauzi besi yang digunakan sukar didapati kerana apabila corak sebegini cuba dibuat tukang besi sekarang, biasanya besi tersebut akan patah.
Rumah kayu ini mempunyai sebuah bilik sahaja di bahagian rumah ibu. Namun Dr Pauzi telah menambah binaan batu di belakang rumah ibu dan menambah 2 bilik tidur, ruang makan, dan bilik air. Ini sebenarnya memang menjadi kelaziman binaan rumah Melayu Melaka masa kini seperti di tempat asalnya. Atap yang digunakan ialah Onduline, lebih sejuk berbandingkan atap zink ataupun asbestos. Diharapkan semoga usaha Dr. Pauzi memelihara warisan senibina yang unik ini, yang menyimpan berbagai pengetahuan, dapat menjadi sumber ilmu dan kepandaian silam untuk dikaji generasi akan datang. ZJ (c) 2020 Seminar senibina Melayu 2020, Karai. (Slide2 pembentangan boleh dimuaturun di sini) Seminar Warisan Senibina Melayu telah di adakan pada 20hb Januari 2020 di Karai, Perak. Bertempat di D'village@Victoria Bridge, berhampiran Kuala Kangsar. Dianjurkan oleh Persatuan Pencinta senibina Melayu (www.senibinamelayu.com.my). dengan tema yang agak panjang, "Ke Arah Penerapan Senibina Melayu Dalam Rekabentuk Kontemporari, Bagi Menjamin Kelestarian Warisan Bangsa Kekal sepanjang Zaman”. (Sumber foto: www.senibinamelayu.com.my) Seramai 4 orang penceramah jemputan membentangkan kertas kerja masing2. Ucapan Aluan dianjurkan oleh Presiden Persatuan Pencinta Senibina Melayu, Ar. Meor Zawari Hassan. Ia dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkarnain, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Penceramah jemputan adalah Ar Dr. Mastor Surat, Felo Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia.. Ar Kamaludin Adam, Prinsipal; Arkitek Ibnu Adam. Arkitek Azman Zainal Md. Nor dan Arkitek Nasharuddin Abdul Majid. Seminar dihadiri Kira2 50 peserta dari serata negara. Terdapat demonstasi seni kraf dan makanan tradisi Melayu Perak di beberapa kiosk yang disediakan. Ar. Dr Mastor Surat memulakan pembentangan dengan tajuk “Penerapan teras dan Lunas Senibina Melayu Dalam Membentuk Identiti Senibina Malaysia”. Beliau memulakan pembentangan dengan menelusuri definisi Melayu dari segi sejarah dan antropologi. Beliau mengusulkan bahawa pengaruh dan kesan senibina Melayu sebenarnya telah terbentuk lebih awal dari yang diterima. Bahkan majoriti piramid di dunia ini terdapat unsur pengaruh Melayu. Ini berlandaskan saranan beliau iaitu diaspora Melayu sebenarnya telah tersebar luas ribuan tahun sebelum Masihi dengan kemahiran pelayaran yang terbukti unggul pada zaman lampau. Yang menarik apabila beliau menggariskan 43 Lunas senibina Melayu yang boleh digunakan dalam senibina kontemporari. Tiga teras dasar tradisi senibina melayu: insan, alam dan tuhan, menawarkan banyak penyelesaian kepada dunia moden. Ia berpotensi sebagai penawar kepada penyakit yang dibawa oleh falsafah moden. Untuk memahaminya perlulah ditela'ah lebih dari setakat rupa, bentuk dan teknik senibinanya, tetapi harus diselami dasar falsafahnya. (slide pembentangan boleh di muaturun di sini) Ar Kamaludin bin Adam, dari Arkitek Ibnu Adam, membentangkan tentang konsep senibina hidbrid, iaitu gabungan tradisi dan moden. Ianya dibincangkan melalui empat projek beliau, kesemuanya Banglo persendirian. Antara yang dibahaskan ialah mencari keseimbangan antara kehendak dan keperluan. Kadang2 kehendak arkitek itu sendiri melampaui keperluan dan mempunyai impak negatif. Juga dipersoalkan soal tentang mindset pelanggan yang walaupun dahulunya membesar di dalam senibina tradisi, tetapi tidak boleh menerimanya kini dalam suasana moden. Contohnya serambi terbuka dahulunya adalah sebahagian ciri2 rumah Melayu, tetapi kini mereka mempersoalkan tentang serangga dan habuk. (slide2 boleh didapati di sini) Ar Azman Zainal membentangkan beberapa projeknya di bawah tajuk “Unsur2 KeMelayuan dalam Senibina Kontemporari di Malaysia. Tiga teras jiwa melayu ialah Islam, Adat Resam dan Alam persekitaran. Beliau menegaskan bahawa kita sebenarnya sudah beridentiti, Cuma isunya bagaimana hendak menzahirkan identiti tersebut di dalam senibina. Identiti Jiwa Melayu adalah: sederhana, tawaduk, tidak lantang, susah berkonfrontasi, sopan santun, toleransi tinggi, seni dan sensitif, sentimental dan lembut hati. Seterusnya beliau membentangkan beberapa projek rumah yang rata2nya dibawah Rm 1juta nilai projeknya. Ini kerana katanya manusia perlukan rumah yang tidak seharusnya lebih besar dari 4,000 kaki persegi. Menggunakan kayu, beliau mengamalkan prinsip “cipta dan buat”, dimana arkitek sendiri terlibat dalam pembinaan. Untuk membina dengan kayu beliau mempunyai tukang sendiri yang akan membuat setiap projek beliau. Penggunaan pasak amat dititikberatkan kerana penggunaan logam seperti paku dan bolt akan merosakkan kayu. Suatu kajian sedang diusahakan olehnya dengan UTM untuk mengira kekukuhan pasak berdasarkan saiz dan sebagainya. Kayu Merbau lebih sesuai digunakan sebagai pasak kerana ia kasar, berbanding dengan Cengal yang terlalu licin untuk dijadikan pasak. Antra projek yang dibentangkan ialah, Rumah Dr Tajuddin di MCKK, Rumah Taib di Kg Pandan, Mimbar Masjid Jamek Kuala Lumpur 2011, Cadangan Istana Sultan Brunai 2012, Rumah Ita, Port Dickson 2011, rumah beliau sendiri, Anjung Kelana, Batu 4, Port Dickson dan rumah Ku Jaafar, Presint 11, Putrajaya. Antara Konsep yang diterapkan ialah penggunaan kayu, pengudaraan semulajadi, ruang masuk keluar beransur. (slide2 boleh dimuaturun di sini) Arkitek Nasharudin Abdul Majid membentangkan beberapa projek konservasinya dan menghuraikan cabaran dan masalah yang dihadapi. Antara projek beliau ialah makam Sultan Siak dan Rumah Haji Su di Terengganu. Beliau juga mencadangkan pemuliharaan Surau kampung Dusun, Jenagor di Hulu Terengganu yang dibina pada 1908. RUmah Tengku Teh, Dungun, 1890an. Rumah Terengganu berevolusi dari rumah bujang, rumah bujang berselasar, rumah bujang kembar 2 dan 3. Kerja pemulihan tidak hanya berdasarkan arkib yang dirujuk, bahkan penceritaan lisan dari penghuni dan penduduk setempat. Antara isu yang beliau bangkitkan ialah kebanyakan projek konservasi hanya menekankan restorasi tetapi tidak kesinambungan penyelenggaraan dan kelangsungan binaan tersebut. Isu ini seterusnya dibangkitkan dalam jawapan balas semasa sesi soal Jawab. (Slide2 boleh dimuaturun di sini) Beberapa Isu dibicangkan semasa sesi soal jawab. Antaranya tadi disebutkan isu polisi Jabatan Warisan yang kadangkala mengekang proses pemuliharaan yang berkesan. Namun Pengarah jabatan warisan yang ada di sesi ini, menyatakan polisi ini adalah yang termaktub namun ia boleh ditambahbaik dan Jabatan mengalu2kan penambahbaikan yang boleh dicadangkan. Sementara kelestarian binaan yang telah dikonservasi, Pihak jabatan menyatakan bahawa bukanlah tanggungjawab Jabatan Warisan untuk terus menyelenggara projek yang telah diwartakan. Setiap projek tersebut bukanlah milik Jabatan Warisan. Jabatan hanya mewartakan sahaja dan memberi sedikit bantuan dana untuk pemuliharaan. Seorang Peserta dari UiTM Seri Iskandar bertanya tentang cara yang sesuai dan efektif untuk menterjemahkan konsep senibina di dalam hasil kerja pelajar. Arkitek Dr. Mastor mengatakan antara caranya ialah menerapkan seberapa banyak dari 43 prinsip teras dan Lunas senibina Melayu yang dibentangkan tadi.
Seorang Peserta dari UPM pula menyatakan pendapat bahawa perlunya pelopor senibina Melayu bermain secara offensive dan tidak hanya dengan mode ‘bertahan’ dan ‘memelihara’. Sedangkan minda falsafah senibina Melayu mempunyai potensi untuk merawat kebobrokan senibina moden yang tercari2 akan penyelesaian yang lebih holistik dan lestari. Ar Mastor mengatakan ini memang cabaran yang harus diteroka oleh kesemua pencinta senibina Melayu. Ar Azman pula mengatakan perlunya bersifat offensive ini untuk mengenengahkan keindahan dan kebaikan senibina Melayu. Kita sendiri perlu menonjolkannya dalam rekabentuk senibina kita tanpa menunggu sehingga ia diterima sebagai tren. Seminar berakhir kira2 jam 5.30 petang. Brosur seminar Muaturun slide2 pembentangan 23 Januari 2020 (c) Zaky Jaafar 2020 |
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|