Sumber foto: Fb Mawarni Baharom Mawar Bagaimana menghias rumah yang sempit atau ruang yang terhad? Dilema ini sering menghambat penghuni apatmen kos sederhana dan rendah, bahkan rumah teres juga ada yang kecil keluasannya. Sebenarnya tren ruang yang terhad ini semakin meningkat di negara maju kerana harga tanah yang melambung tinggi. Di sana, kediaman dengan ruang yang sempit dan terhad bukan hanya untuk golongan berpendapatan rendah sahaja, bahkan kini terdapat apatmen yang mahal, atau rumah yang benar2 minimal saiznya bukan kerana kekangan ekonomi, tapi atas kesedaran perlunya mengurangkan kesan pembangunan kepada alam sekitar. Jadi apakah caranya kita menangani masalah ini. Jawapannya ialah dengan menggunakan perabot dan teknik hiasan dalaman yang sesuai. Baru2 ini sekumpulan penyelidik tempatan ada mengutarakan konsep perabot pintar untuk ruang terhad. (rujuk Kajian LRGS 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris bertajuk Persekitaran Sosial dan prasarana Lestari untuk Belia Terpinggir (2016)). Terdapat beberapa prinsip yang digariskan dalam rekabentuk perabut pintar ini. Dikongsikan beberapa tips yang diutarakan didalam cadangan konsep tersebut. Idea2 ini bukanlah sesuatu yang baharu, cuma ia dikumpulkan sebagai cadangan bersepadu untuk difikirkan. Saiz perabot Pertamanya, saiz yang minimal. Saiz perabot kita kebanyakannya mengikut kelaziman industri yang selama ini mengandaikan ruang yang besar. Namun masakini sudah banyak dipasaran rekabentuk yang lebih kecil untuk set sofa, kerusi, meja makan, almari dan sebagainya. Kita boleh jumpa perabot seperti ini sekiranya rajin mencari. Ataupun kita boleh tempah perabut yang sesuai dengan keperluan ruang kita. Saiz katil juga ada yang lebih kecil dari biasa yang boleh didapati. Kalau kita pergi ke restoran di eropah kita dapati meja makan mereka sangat kecil. Ini adalah kerana budaya makan mereka tidak menghidangkan lauk di atas meja, semua makanan datang dalam pinggan masing2. Mungkin kita boleh memikirkan cara ini dalam hiasan dalaman ruang terhad. Kabinet hiburan sekarang tidak perlu besar seperti dahulu. TV menjadi semakin nipis. Decoder astro, modem internet semuanya kecil dan hanya perlu ruang yang kecil sebagai tempatnya. Jadi rekabentuk unit hiburan perlu difikirkan semula. Konsep Pelbagai Fungsi Keduanya gunakan konsep pelbagai guna. Satu perabut boleh mengambil lebih dari satu fungsi. Contohnya meja kopi yang juga menjadi tempat simpanan barang, sofa yang boleh menjadi katil, kotak simpanan permainan yang boleh menjadi kerusi tamu tambahan dan sebagainya. Gunakan dinding sebagai ruang tambahan Ketiganya, maksimumkan penggunaan dinding sebagai tempat letak perabut. Contohnya Rak simpanan boleh dillekatkan di dinding. Jadi tidak perlu kabinet yang mengambil ruang lantai untuk menyimpan barang. Dari memilih almari yang besar tapaknya mungkin boleh memilih almari yang lebih kecil tetapi lebih tinggi. Rak tv sekarang hanya perlu dilekatkan didinding. Kerusi yang boleh dilipat juga boleh digantung di dinding sekiranya tidak digunakan. Tindankan perabot Menaikkan perabut ke atas bukan terhad kepada dinding sahaja. Kalau di pasaraya perabut moden sekarang ini kita dapat melihat katil yang diletakkan di atas meja belajar dan almari baju dibawahnya. Ini sesuai untuk bilik anak anak yang memerlukan privasi untuk mengulangkaji pelajaran dengan ruang yang minima. Konsep perabot pintar ataupun hiasan dalaman seperti ini sudahpun mendapat tempat dan berbagai inovasi baru diperkenalkan di negara maju. Ironinya di Malaysia perabut minimal dan fleksibel seperti ini lebih mahal dari perabut biasa. Ini adalah kerana pengeluar perabut tempatan masih belum berinovasi ke arah ini. Apakata kita mulakan trend ini. Selepas ada permintaan, maka diharap pengeluar perabut tempatan akan mula mengeluarkan perabut seperti ini dengan murah. Credit photos: FB Puan Mawarni Baharom mawar, Z Jaafar. Copyright reserved Z Jaafar © 2017
0 Comments
Leave a Reply. |
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|