Sebelum ini blog ini pernah menyentuh tentang petua menjadikan rumah kita lebih sejuk (lihat di sini) Kali ni kita fokus kepada salah satu aspek dalam menjadikan rumah kita lebih selesa dari segi termal (haba). Oleh itu kepada yang ingin membina atau sedang shopping rumah baharu, belilah kompas yang murah dan diletakkan di dalam kereta anda untuk anda semak arah sewaktu melawat ke rumah2 yang diingini ataupun semasa melawat tapak lot.
0 Comments
Menurut satu kajian penyelidikan oleh seorang penyelidik di UPM, dengan menggunakan berbagai tumbuhan memanjat pada skrin di luar dinding mampu mengurangkan haba masuk ke dalam dinding. Syaratnya mestilah ada pemisahan ruang udara di antara lapisan tumbuhan dan dinding. Peneduhan sebegini memberi kesegaran pada senibina, namun kos penyelenggaraan dan kesan pada struktur harus di ambil kira.
Dalam artikel sebelum ini, diterangkan cara-cara haba boleh masuk ke dalam rumah dan menjadikan rumah kita panas. Seterusnya kali ini kita akan lihat bagaimana kaedah melawan kemasukan haba.
Anda sering merasakan rumah yang anda diami panas? Ataupun anda tidak boleh tinggal di dalam bilik tidur anda tanpa membuka pendingin hawa sepanjang masa?
Memang tidak dinafikan, cuaca di negara kita memang sentiasa panas dan lembap. Dimana pun kita berada, pada masa tertentu kita akan dapat merasakan bahang dan haba yang menyebabkan kita tidak selesa walaupun ktia telah menghidupkan kipas angin selaju mungkin. Bagi yang mampu masalah ini boleh diatasi dengan memasang pendingin hawa. Namun kadangkala bil elektrik yang tinggi menyebabkan kita terfikir mungkin ada masalah dari segi rekabentuk dan binaan rumah yang kita huni itu. Sebenarnya, rekabentuk dan binaan memainkan peranan penting di dalam menentukan tahap haba yang memasuki rumah anda. Di dalam artikel ini saya akan menulis tentang cara haba memasuki rumah anda. |
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|