Nilai senibina sesebuah bangunan biasanya dinilai bagaimana rupabentuknya dilihat dari luar. Adakah sebuah bangunan yang cantik itu selesa bagi penghuninya? Ini persoalan yang dikupas dalam artikel yang dipetik dari penulisan Z Jaafar pada kali ini. Fariz, Seorang arkitek, mempunyai ramai orang yang akan memberi nasihat, dan maklumbalas tentang sebuah bangunan pejabat moden 20 tingkat yang akan dibinanya. Apabila rekabentuk yang dibuat terlampau canggih tetapi tidak selamat dari segi struktur, Kasman, jurutera awamnya akan menegurnya. Sekiranya bangunan yang dibuat terlalu mahal, Chee Seng, juruukur bahan akan memberitahunya. Sekiranya nilai estetika bangunan itu yang dilukisnya tidak memenuhi citarasa tuanpunya bangunan, dia pasti mendengar rungutan Tan Sri Watson. Namun ada satu pihak yang paling penting didalam projek itu yang tidak duduk berada bersama semasa proses rekabentuk, iaitu penghuni yang akan menghuni bangunan tersebut, yang akan berada di dalam bangunan itu dari hari ke hari, selepas bangunan itu mula beroperasi.
0 Comments
|
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|