Disini Blog ini mengambil kesempatan berkongsi suatu posting yang diterima dari whatsapp group. Ianya merupakan suatu perkongsian percuma suatu rekabentuk surau buluh yang mesra alam. Direka oleh Ar Mohd Izam. Dia boleh dihubungi di 0193622887. Ini perkongsiannya:
Assalamualaikum Bina surau dengan bajet -+RM30K Dilampirkankan rekabentuk surau berkapasiti 40 jemaah yang sesuai untuk kawasan kampung, pendalaman, pos orang asli, madrasah atau pun di mana sahaja. Ianya peluang baik untuk:- 1. Penginfaq persendirian yang ingin mengumpul dana akhirat 2. Aktiviti CSR syarikat GLC/korporat untuk menyumbang kepada masyarakat daif di hulu kampung selain mengeratkan team work dikalangan staf yg bergotong royong membinanya kelak 3. Penyelesaian segera yang pantas untuk ruang komuniti dan tempat solat kerana ia boleh dibina secara gotong royong dan cepat 4. Menyediakan penginapan ringkas untuk para Daei di hulu kampung Ciri-ciri SURAU 40 JEMAAH 1. Konsep pembinaan sustainable dengan pengunaan bahan setempat seperti buluh dan batu sungai- mengurangkan kos logistik dan mudah dibaikpulih sekiranya rosak 2. Untuk bahagian kritikal seperti bumbung dan struktur, material besi galvani dan zincalume roof di gunakan utk mengelakkan dari reput, bubuk, anai anai, makan air dan sebagainya. Bagi elemen lantai, cement board kalis air digunakan. InshaAllah, surau ini dapat bertahan lama 3. Kecerunan bumbung 30 darjah- mudah bagi daun/ranting yg jatuh untuk slide ke bawah dan sedia untuk pemasangan panel solar 4. Bersaiz minimum untuk solat jumaat iaitu 40 org jemaah Sebarkanlah. Semoga bermanfaat. Dan kepada yg serius nak construct, boleh hubungi saya semula utk khidmat nasihat pembinaan. Semuanya percuma Ar Mohd Izam 0193622887
4 Comments
Rekabentuk sekolah masakini yang memilih perkongsian koridor menyebabkan dinding menghadap koridor tidak dapat tingkap keluar. Bilik darjah jadi gelap untuk pelajar yang duduk dekat sebelah koridor. Rekabentuk sebegini mungkin perlu untuk tanah yang terhad. Tapi akibatnya lampu letrik terpaksa di pasang disiang hari. Prestasi pelajar juga mungkin terjejas kerana cahaya semulajadi lebih membantu pembelajaran. Disamping itu, kecerahan yang tidak seimbang di dalam kelas boleh menyebabkan gangguan silau asimetri.
Rumah tradisi Melayu Melaka masih terdapat banyak di negeri Melaka. Di sini di paparkan sebuah rumah yang mempunyai konsep yang unik. Ianya rumah Limas dengan berdinding kaca lutcahaya (frosted translucent) yang terletak di Kampung Seri Tanjung, Masjid tanah Melaka.
Kebiasaannya rumah kaca adalah tidak sesuai untuk iklim seperti dinegara kita. Namun dalam kes ini, ianya berada di dalam suasana kampung yang mempunyai banyak peneduhan dari pokok2. Cucur atapnya 4 kaki juga membantu peneduhan luar. Manakala tingkapnya banyak dan besar, sekiranya waktu panas, ia boleh dibuka keseluruhannya untuk pengudaraan. Yang paling menarik adalah keindahan senibina yang terhasil di malam hari, seolah2 rumah tersebut bercahaya dari dalam. Sebelum ini blog ini pernah menyentuh tentang petua menjadikan rumah kita lebih sejuk (lihat di sini) Kali ni kita fokus kepada salah satu aspek dalam menjadikan rumah kita lebih selesa dari segi termal (haba). Oleh itu kepada yang ingin membina atau sedang shopping rumah baharu, belilah kompas yang murah dan diletakkan di dalam kereta anda untuk anda semak arah sewaktu melawat ke rumah2 yang diingini ataupun semasa melawat tapak lot.
Menurut satu kajian penyelidikan oleh seorang penyelidik di UPM, dengan menggunakan berbagai tumbuhan memanjat pada skrin di luar dinding mampu mengurangkan haba masuk ke dalam dinding. Syaratnya mestilah ada pemisahan ruang udara di antara lapisan tumbuhan dan dinding. Peneduhan sebegini memberi kesegaran pada senibina, namun kos penyelenggaraan dan kesan pada struktur harus di ambil kira.
|
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|