Anda sering merasakan rumah yang anda diami panas? Ataupun anda tidak boleh tinggal di dalam bilik tidur anda tanpa membuka pendingin hawa sepanjang masa?
Memang tidak dinafikan, cuaca di negara kita memang sentiasa panas dan lembap. Dimana pun kita berada, pada masa tertentu kita akan dapat merasakan bahang dan haba yang menyebabkan kita tidak selesa walaupun ktia telah menghidupkan kipas angin selaju mungkin. Bagi yang mampu masalah ini boleh diatasi dengan memasang pendingin hawa. Namun kadangkala bil elektrik yang tinggi menyebabkan kita terfikir mungkin ada masalah dari segi rekabentuk dan binaan rumah yang kita huni itu. Sebenarnya, rekabentuk dan binaan memainkan peranan penting di dalam menentukan tahap haba yang memasuki rumah anda. Di dalam artikel ini saya akan menulis tentang cara haba memasuki rumah anda.
1 Comment
Nilai senibina sesebuah bangunan biasanya dinilai bagaimana rupabentuknya dilihat dari luar. Adakah sebuah bangunan yang cantik itu selesa bagi penghuninya? Ini persoalan yang dikupas dalam artikel yang dipetik dari penulisan Z Jaafar pada kali ini. Fariz, Seorang arkitek, mempunyai ramai orang yang akan memberi nasihat, dan maklumbalas tentang sebuah bangunan pejabat moden 20 tingkat yang akan dibinanya. Apabila rekabentuk yang dibuat terlampau canggih tetapi tidak selamat dari segi struktur, Kasman, jurutera awamnya akan menegurnya. Sekiranya bangunan yang dibuat terlalu mahal, Chee Seng, juruukur bahan akan memberitahunya. Sekiranya nilai estetika bangunan itu yang dilukisnya tidak memenuhi citarasa tuanpunya bangunan, dia pasti mendengar rungutan Tan Sri Watson. Namun ada satu pihak yang paling penting didalam projek itu yang tidak duduk berada bersama semasa proses rekabentuk, iaitu penghuni yang akan menghuni bangunan tersebut, yang akan berada di dalam bangunan itu dari hari ke hari, selepas bangunan itu mula beroperasi.
|
PenulisPenulis merupakan seorang penyelidik di universiti tempatan yang berkongsi pengalaman dari pengajaran, penyelidikan dan perundingan beberapa projek yang berkaitan dengan bidang senibina. Baca lagi
|